Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com
Thursday, October 23, 2008
Monday, October 20, 2008
Personaliti dan Maksud Bunga
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta
Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland
Tips dan panduan untuk memilih bunga secara langsung menyampaikan mesej tertentu boleh memberikan impak dan kelainan bagi sesebuah gubahan dan susunan dalam sesebuah majlis. Diharap dapat membantu anda. Pemilihan bunga – bungaan juga tertakluk kepada musim-musim tertentu. Walau bagaimanapun kebanyakkan bunga yang tersenarai boleh didapati dalam empat musim berbeza. Feel free to click the link under the corresponding flower to find many interesting and insightful facts about you or your loved one's favorites! www.proflowers.com
Saturday, October 18, 2008
Maksud dan Warna Bunga Ros
Ros Merah adalah simbol tradisional yang menunjukkan rasa cinta dan romantik, juga a perfect time to say ‘I Love You’. Ia adalah lambang kecantikkan dan ‘perfection’. Manakala sejambak ros merah pula, adalah cara terbaik untuk melahirkan rasa suka/sayang yang mendalam terhadap seseorang yang ‘special’
Ros ‘Pink’ adalah simbol kelembutan dan ‘elegant’. Selalunya pemberian ros ‘pink’ adalah mencerminkan ‘admiration’. Ia juga melambangkan penghargaan dan keriangan.Sejambak ros ‘pink’ selalunya memberi maksud yang sama seperti ros merah tetapi tidaklah secara ‘direct’
Warna terang dan cerah ros kuning adalah simbol kehangatan dan keriangan. Keceriaan warna ros kuning biasanya mencerminkan pertalian persahabatan yang utuh. Sememangnya sejambak ros kuning melambangkan keseronokkan dan ‘friendship’
Ros putih mewakili simbol simpati dan ketulusan hati juga secara tadisionalnya dikaitkan dengan perkahwinan dan permulaan sesuatu perhubungan. Ros putih juga memberi makna ‘honor’ dan ‘amazement’. 'Arrangement' ros putih boleh menimbulkan suasana yang dikenang sepanjang zaman
Dengan warnanya yang garang dan membara, ros jingga memberi gambaran ‘desire & ethusiasm’. Warnanya juga adalah simbol keinginan yang tinggi juga dikaitkan dengan rasa kasih yang fanatik. Sejambak ros jingga boleh memberikan impak yg besar kepada penerimanya
Ros ‘Lavendar’ jarang ditemui di negara kita. Namun keindahanya yang unik boleh memikat hati dan imaginasi kita. Dengan warnanya yang fantastik adalah ‘perfect symbol’ kepada tarikan hati. Sejambak ros ‘lavendar’ mengatakan ‘love at first sight’
Tips dan panduan maksud disebalik warna ros adalah untuk membantu anda memilih warna dan dalam masa yang sama menyampaikan maksud hati anda kepada pasangan. Namun peranan bunga ros amatlah besar dalam hiasan gubahan sesebuah hantaran terutama ‘fresh roses’ nampak sgt menarik dan esklusif. For more info about flowers and meaning, feel free to visit www.proflowers.com
Thursday, October 9, 2008
Ikhlas Dari KerjaKahwin Design & Collections
Tempahan untuk Gubahan Hantaran masih dibuka hingga hujung tahun ini.
Dapatkan diskaun untuk tempahan bagi 2009