Tuesday, January 20, 2009

Bride Bouquet

Lately byk plak i receive tempahan utk gubahan bunga tangan....i love it...kerja simple n seronok plak dok meng'explore' mcm2 design...For your tips...jom kita tgk design bouquet apa yg sesuai utk anda di hari bahagia nanti....

Pomander
Also known as 'ball bouquet' or 'kissing ball'....kebiasaannya dibawa oleh flower girls...tp akan nampak kelainannya kalau ia dibawa oleh bride tu sendiri.....


Hand-Tied
Dah jadi trend plak skang...tp style nih dh about 2 years gak kt malaysia nih....hand-tied x menggunakan bunga yg byk...mostly bunga yg digunakan utk menyerlahkan seri pengantin itu lagi adalah bunga rose....style nie seolah2 mcm kita kutip bunga2 kt garden n tied it with ribbon..


Arm
Style nih sesuai utk bunga2 yg mempunyai tangkai yg panjang...contohnya calla lilies, waterlilies, bunga harum sundal malam


Glamour
Style terbaru..sgt popular dikalangan celebrity hollywood....apa kata kita cuba kt msia...unik n nampak sgt glamour...mcm bwk handbag plak

Cascading
Originally referred as 'shower bouquet'...yg mana gubahan nya agak besar dan meriah....for modern touch also known as 'teardrop bouquet or trail bouquet' which smaller then a traditional one....boleh digubah dengan menggunakan hampir semua jenis bunga...


Posy
Bouquet style posy agak bulat dan kecil....digubah dengan menggunakan floral foam dan pemegang bouquet....ada juga digubah secara hand-tied & unstructured yang mana dibalut kemas dengan riben satin atau organza yg cantik dan dihiasi dengan pearl pins or beading trims

A unique flower arrangement will stir your emotions, inspire you and capture the spirit of the moment. You will know you've had a successful wedding when your guests are still talking about your wedding a year later. Make it 'a wedding to remember'!

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year

Fuhhhhh!!! After a long break n dah lama x post new thread, pejam celik pejam celik dah new year...sekejap sgt masa berlalu...Happy New Year to all readers....

We, at KerjaKahwin wishing u all the best and happiness all year around and semestinya kepada bakal-bakal raja sehari yang akan meraikan hari bersejarah pada tahun 2009 persiapkan diri anda dengan info2 perkahwinan dan jagalah kesihatan sebaiknya.KerjaKahwin Design & Collections sgt bersedia untuk membantu bakal-bakal pengantin dalam meniti hari bahagia anda.

KerjaKahwin Collections menawarkan pakej hantaran yang mudah, menarik dan tentunya berbaloi.Kami sgt memahami budget anda dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang tidak menentu.Jadi jgn tunggu lagi....just ask for the best deal.


Idamkan gubahan hantaran anda nampak 'exclusive' & tertarik???KerjaKahwin boleh bantu anda

Pakej Sewaan Exclusive bermula dr RM30 - RM45 Sebekas

termasuk

*Sewaan Pahar + Alas
*Bunga Sisi / Hiasan (Artificial Only)
*Upah Gubahan

Saturday, November 15, 2008

Hand Bouquet - Ball Type



RM 52
Harga Promosi : RM 45

Material : Lovely Lace Artificial Flower
Suitable for 'Pengantin' or Flower Girl

*Exclude Poslaju RM6
*Tempahan Gubahan - at least 3 days b4 u'r event date
*Harga gubahan bermula RM35 onwards - menggunakan bunga2 berkualiti


Sunday, November 9, 2008

Promosi...Promosi...Promosi


Promosi bermula 10 November 2008 - 10 December 2008

Dapatkan tawaran harga menarik bagi tempahan Gubahan Hantaran & Gubahan Hand Bouquet

Tawaran juga terbuka kepada bakal2 pengantin yg akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2009. Booking sekarang untuk mendapatkan tawaran menarik hari ini




Monday, October 20, 2008

Personaliti dan Maksud Bunga

Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang ‘closest to the message’ yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna

Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta


Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran


Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda


Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi


Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’


Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang


Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland


Tips dan panduan untuk memilih bunga secara langsung menyampaikan mesej tertentu boleh memberikan impak dan kelainan bagi sesebuah gubahan dan susunan dalam sesebuah majlis. Diharap dapat membantu anda. Pemilihan bunga – bungaan juga tertakluk kepada musim-musim tertentu. Walau bagaimanapun kebanyakkan bunga yang tersenarai boleh didapati dalam empat musim berbeza. Feel free to click the link under the corresponding flower to find many interesting and insightful facts about you or your loved one's favorites! www.proflowers.com

Saturday, October 18, 2008

Maksud dan Warna Bunga Ros

Let’s share the meaning and colurs of roses- Tentu anda ingin tahu maksud disebalik warna – warna bunga ros. Bunga Ros merupakan simbol pemberian atau hadiah yang mencerminkan rasa kasih dan sayang serta penghargaan.Tak hairanlah apabila bunga ros sangat diminati dan menjadi pemberian yang paling popular. Info-info sebegini sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam memberi petunjuk tentang pemberian bunga ros kepada seseorang


Merah
Ros Merah adalah simbol tradisional yang menunjukkan rasa cinta dan romantik, juga a perfect time to say ‘I Love You’. Ia adalah lambang kecantikkan dan ‘perfection’. Manakala sejambak ros merah pula, adalah cara terbaik untuk melahirkan rasa suka/sayang yang mendalam terhadap seseorang yang ‘special’


Pink
Ros ‘Pink’ adalah simbol kelembutan dan ‘elegant’. Selalunya pemberian ros ‘pink’ adalah mencerminkan ‘admiration’. Ia juga melambangkan penghargaan dan keriangan.Sejambak ros ‘pink’ selalunya memberi maksud yang sama seperti ros merah tetapi tidaklah secara ‘direct’


Kuning
Warna terang dan cerah ros kuning adalah simbol kehangatan dan keriangan. Keceriaan warna ros kuning biasanya mencerminkan pertalian persahabatan yang utuh. Sememangnya sejambak ros kuning melambangkan keseronokkan dan ‘friendship’


Putih
Ros putih mewakili simbol simpati dan ketulusan hati juga secara tadisionalnya dikaitkan dengan perkahwinan dan permulaan sesuatu perhubungan. Ros putih juga memberi makna ‘honor’ dan ‘amazement’. 'Arrangement' ros putih boleh menimbulkan suasana yang dikenang sepanjang zaman


Jingga
Dengan warnanya yang garang dan membara, ros jingga memberi gambaran ‘desire & ethusiasm’. Warnanya juga adalah simbol keinginan yang tinggi juga dikaitkan dengan rasa kasih yang fanatik. Sejambak ros jingga boleh memberikan impak yg besar kepada penerimanya


Lavender
Ros ‘Lavendar’ jarang ditemui di negara kita. Namun keindahanya yang unik boleh memikat hati dan imaginasi kita. Dengan warnanya yang fantastik adalah ‘perfect symbol’ kepada tarikan hati. Sejambak ros ‘lavendar’ mengatakan ‘love at first sight’


Tips dan panduan maksud disebalik warna ros adalah untuk membantu anda memilih warna dan dalam masa yang sama menyampaikan maksud hati anda kepada pasangan. Namun peranan bunga ros amatlah besar dalam hiasan gubahan sesebuah hantaran terutama ‘fresh roses’ nampak sgt menarik dan esklusif. For more info about flowers and meaning, feel free to visit www.proflowers.com